Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh..
Jutaan terima kasih pada anda kerana sudi singgah ke laman
kumpulan saya.
Ramai yang bertanya
bagaimana saya boleh terlibat di dalam industry ini 6 tahun lalu. Pada
perkiraan saya, tiada siapa pun yang mempunyai cita-cita sebagai ‘Agen
Takaful’. Begitu juga dengan saya. There is so many factor or reason why people
involve in takaful business. Pada saya, push factor (factor penolak) kepada
saya adalah kerana terdesak untuk mengubah nasib keluarga yang hidup miskin dan
susah dahulu. Saya bukannya seorang yang punyai cita-cita besar pada masa
dahulunya (ketika menuntut di UIA Gombak). Namun, Tuhan itu Maha Kaya apabila
diturunkan ujian hebat buat saya dan keluarga. Maka sejak itulah saya belajar erti
kehidupan. Campus life saya tidak seperti pelajar-pelajar lain. Saya bertungkus
lumus bekerja sambil belajar untuk menyara kehidupan dan juga mambantu kewangan
keluarga. Alhamdulillah, saya berjaya mengharungi ujian itu dan akhirnya
mendapat segulung ijazah Bachelor Business Administration (BBA) dan bergelar
mahasiswi. Namun begitu, sekali lagi saya diuji apabila saya diterima bekerja
di sebuah firma sebagai Marketing Executive dengan pendapatan RM2,800.00. Jika
diukur dari segi umur dan keadaan semasa, jumlah gaji yang ditawarkan itu
sangat tinggi utk seorang fresh graduate 6 tahun lalu. Saya diuji apabila hati
kecil ini tidak dapat menerima hakikat untuk bekerja makan gaji yang mana
mungkin dapat membantu keluarga yang punyai 8 orang adik yang masih bersekolah.
Maka itulah titik tolak untuk saya terlibat dengan industry takaful yang sangat
mencabar tapi sangat berbaloi. Alhamdulillah berkat dorongan Allahyarham
ayahanda tercinta Ishak Saad (Al-Fatihah) dan bonda Rafiah Talib, keluarga,
Pengurus Agensi dan juga mentor Ahmad Sani Khalid, rakan-rakan bisnes dan juga
support daripada para pelanggan, usaha tanpa jemu dan segala rahmat Allah swt,
akhirnya kini saya adalah Agency Manager di syarikat takaful No.1 di Malaysia
dan Terbaik di Asia…
….. Prudential BSN Takaful Berhad….di sinilah kisah saya
bermula..