Ads 468x60px


Text

  • Pelan PruBSN Takaful

    Kehidupan tanpa perlindungan ibarat anda duduk tanpa kerusi..ibarat anda berjalan tanpa tongkat apabila tidak lagi boleh berjalan..

  • Adakah Anda Belum Terlambat ?

    kata-kata 'Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara' sering bermain di fikiran kita..tapi adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya?

  • Adakah Ini Impian Anda?

    Apakah impian anda? Kereta mewah? Rumah banglo? percutian luar negara? Sertai kami dan anda bakal memenuhi impian anda..

Ayat Magic???

Hari ni saya nak kongsi tentang ayat magik "saya memang ada niat nak ambil takaful ni, tapi...". Sepanjang pengalaman saya bersama PruBSN Takaful, sering kali saya dengar ayat magik di atas. Kadang-kadang saya rasa simpati pun ada, sebab kereta sampai dua biji, rumah ada empat bilik, baju anak-anak tak main brand Kiki Lala, tapi beli Baby Gap, Osh Kosh, sampaikan tak mampu nak ambil takaful.

Pembaca semua, ambil takaful ni bukan mahal sangat.. Tak semahal bayar kereta tujuh lapan ratus sebulan. Tak setanding harga sepasang baju dan seluar Baby Gap. Menyediakan payung sebelum hujan dengan takaful ni boleh bermula dengan RM100 sebulan  pun. Tak perlu bayar lima enam ratus sebulan pun. Tapi kenapa ramai masih menggunakan ayat magik ya?

Agak-agaknya kalau tiba-tiba kena operation RM50,000 kat Institut Jantung Negara, boleh tak bila staff bahagian admission tanya "Encik nak bayar bil nanti pakai cash ke, atau nak pakai insurans / takaful?", lepas tu kita jawab "Saya tak ada cash banyak tu. Tu la, saya memang ada niat nak ambil takaful ni, tapi...". Agak-agak boleh tak bayar bil dengan jawab macam tu ek? Kalau boleh, minta tolong ajarkan saya bagaimana. Kalau tak boleh, kenapa masih nak gunakan ayat magik tu? ;)

Saya Dan Takaful

Dulu saya anggap orang jual takaful ni annoying. Dan saya juga rasa takaful itu bukan satu keperluan. Fikiran saya berubah bila Nazreel kena bisul yang teruk di seluruh badan dan saya tak mampu nak bawak dia pergi hospital dan end up doktor dekat klinik yang pecahkan bisulnya. Masa tu saya busy dan saya takde masa nak pergi hospital kerajaan sebab process lamanya.

Keduanya ialah bila saya kena sakit dua tahun lepas dan company saya tanggung. Semua sekali dekat 18k kalau tak silap. Manalah saya nak ada duit sebanyak itu untuk di keluarkan sekaligus. So dua benda ni buat saya nampak yang takaful sangat penting dalam kehidupan.

Ketiganya ialah sekarang ni takaful tu ada saving sekali. Tak banyaklah tapi still maybe selepas beberapa belas tahun adalah jugak berbelas ribu. So saya dan wife anggap kitaorang berempat punya takaful ni sebagai simpanan jugaklah. Kalau kata sakit dan claim takde jadi masalah tapi kalau belanja bayar takaful kitaorang tu masuk dalam bank maybe kalau sekali keluar terus habis dan kena kumpul balik.

Saya fully covered by company. Dan since naik pangkat ni anak-anak saya sekali diaorang cover. Company Wife saya pulak cover kitaorang berempat sekaligus, tapi tak fully coveredlah. So di sini takaful ni memainkan peranan. Kalau tak cukup, takaful company ni boleh top-up.

Bila sakit sakit, hospitalised lama. Katakan 3 bulan dan masa tu dah maximum MC yang company boleh bagi dan company terminate kau kerja - takaful dah takde, kerja pun dah takde. Masa inilah takaful ni penting.

Apa-apa pun saya berharap saya anak beranak sihat dan bernasib baik sepanjang masa. Ini sebagai apa orang putih cakap? Precaution.

-this is a response from one of my client

Siapa Agent Anda?

Pernahkah anda menerima panggilan seperti ini??
"Hello..saya membuat panggilan dari Syarikat AliBaba & sedang membuat promosi kepada pelanggan bertuah kami...kami menawarkan insuran/kad kredit/produk lain dengan harga paling murah iaitu hanya RM30 sebulan & anda akan menikmati banyak manfaat antaranya ialah...bla..bla..bla...anda hanya perlu katakan ya dan kami akan membuat potongan melalui kad kredit anda secara automatik, sila berikan no. kad kredit anda?"
BERWASPADALAH!!
Kemungkinan ia merupakan PENIPUAN TELEMARKETING. Mungkin juga ia memang panggilan dari syarikat yang sah. Jika ia memang dari syarikat yang sah, anda janganlah terus berkata YA. Dapatkanlah dahulu nasihat dari agen anda ataupun boleh terus hubungi SAYA. 

Biasanya produk-produk yang ditawarkan agak murah, tetapi adakah ia bersesuaian dan memenuhi keperluan anda? KENALKAH ANDA DENGAN SIAPA ANDA BERURUSAN?? SIAPAKAH YANG MENELEFON ANDA ITU?? Jika sesuatu berlaku dan anda ingin membuat tuntutan tetapi terdapat masalah atau pertanyaan, kepada siapakah yang harus anda rujuk??

Nasihat saya JANGAN ambil apa-apa produk dari panggilan telemarketer. Seelok-eloknya datanglah berjumpa terus dengan agen atau syarikat berkenaan. Jika ANDA ingin mendapatkan khidmat konsultasi mengenai produk-produk Takaful, kad kesihatan dan kad perubatan dari PRUDENTIAL BSN TAKAFUL, anda boleh terus menghubungi saya. 
TAKAFUL is sold not because somebody must die, but because somebody must LIVE.
TAKAFUL ditawarkan bukan kerana seseorang akan mati, tetapi kerana seseorang harus HIDUP. 

Nasib Dan Takdir

Kita sebenarnya salah mentafsirkan nasib. Ramai orang selalu berkata..

“Apalah nasib aku ni”

“Dah nasib badan”

Kalau kita bermain “Jutaria” – Nasib didalam translation English ialah ‘Chance’ dan bukannya ‘Fate’ (Takdir)

Maknanya kita boleh ubah nasib kita…
How? Bagaimana?

Satu Tips yang saya dapat dari Dato Azman Ching ialah:

Untuk mendapat nasib yang baik kita perlukan persediaan. Maknanya kita perlu bersedia atau membuat persediaan untuk menerima nasib yang baik.
NASIB + BERSEDIA = NASIB BAIK
Apabila seseorang dimasukkan ke dalam wad dan mempunyai medical card untuk menanggung bil hospital beliau. Dia akan berkata “Nasib aku ada medical card” …dan sudah pasti  TAKKAN berkata “Bertuah aku ada medikal card” Sebabnya TUAH atau LUCK ini adalah sesuatu tidak perkara tak pasti yang kita TIDAK boleh control.

Nasib pun kita tak boleh control tapi kita boleh control untuk menerima nasib yang baik atau tidak?
Sebab tu saya selalu bertanya, sudah kah anda membuat persediaan sekiranya hari ni anda tidak mampu bekerja dan jatuh sakit
Ingat, syarikat pengendali takaful anda tidak akan membantu anda sekiranya anda disahkan lumpuh tidak boleh bekerja.
Mari kita buka mata dan minda.. bukan hanya pada takaful.

Tapi dalam kerja kita sendiri. Contoh…
Ahmad dan Ali merupakan pekerja yg sama kelulusan. Ahmad setiap kali datang kerja
awal dan tidak pernah lewat..
tetapi Ali selalu datang jam 10 dan kalau datang awal sure keluar balik untuk breakfast. Dalam kualiti kerja..Ali sangat bagus dan menepati dateline.
Ahmad pula pun bagus malah selalu hantar kerja lebih awal dari dateline.
Apabila ada kekosongan jawatan untuk dinaikkan pangkat kepada Pengurus.. Anda rasa siapa yang layak?
Sudah tentu Ahmad kerana dia membuat persediaan untuk menerima nasib yang baik.
Memang tanggungjawab saya untuk menyedarkan anda semua kepada pentingnya Takaful dan Insurans. Tapi untuk mendapat nasib yang baik bukan hanya tertakluk kepada insurans semata-mata, tetapi seluruh aspek kehidupan anda.

PENGHARGAAN KEPADA KAUM WANITA

Peranan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjung dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala yang anda hadapi.

Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.

Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.

Di PruBSN Takaful, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan suatu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.

MEMPERKENALKAN TAKAFUL PUTERI

Takaful Puteri adalah suatu rider yang dicipta khas yang memberi anda perlindungan terhadap kesan kewangan akibat rawatan perubatan yang mahal yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita. Rider ini boleh dikaitkan dengan Pelan Takafulink anda. Ia memberi anda perlindungan yang menyeluruh serta fleksibiliti yang amat sesuai untuk tujuan ini. Rider Takaful Puteri ini didapati dalam dua pelan yang istimewa:

1. Takaful Puteri
Pelan ini memberi anda perlindungan terhadap pelbagai penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita.

2. Takaful Puteri Plus
Pelan ini dicipta khas untuk memberi anda perlindungan yang MENYELURUH dan banyak lagi. Selain dari penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita, ia juga memberi perlindungan terhadap kerumitan semasa tempoh hamil dan penyakit kongenital bayi.

Apakah Perlindungan Yang Disediakan untuk Anda?

- Kanser Wanita (Kanser Payudara, Uteri Serviks, Tiub Falopia, Ovari, Uterus dan Vagina/Vulva)

- Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)

- Artritis Reumatoid dengan Komplikasi

- Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana Kemalangan

- Pemindahan Kulit kerana Kebakaran

- Pemindahan Kulit kerana Kanser Kulit

- Karsinoma-in-situ Payudara atau Uteri Serviks

- Komplikasi Kehamilan

- Penyebaran Penggumpalan Intravaskular

(selepas hamil 7 bulan)

- Kehamilan Ektopik

( kandungan luar rahim )

- Kandungan Molar

- Kematian Fetus

(selepas 195 hari mengandung)

- Kematian Anak

(dalam tempoh 30 hari selepas lahir)

Penyakit Kongenital Bayi (hidup lebih daripada 30 hari selepas lahir dan didiagnos dalam tempoh 2 tahun selepas lahir)

- Kecacatan Ventrikel Septum

- Kecacatan Atrium Septum

- Sindrom Down

- Spina Bifida

- Tetralogi Fallot

- Transposisi Pembuluh Utama

Cara Membayar Caruman



Terdapat ada 4 cara bayaran boleh dibuat:

1. Kalau payment mode cash , so kena la bayar first premium by cash ... sebab proposal akan dihantar dgn cash sekali ....

2. Kalau payment mode autodebit --- masa nak submit proposal kena bayar cash dan dalam masa yang sama sign autodebit form sekali.. pastu next premium dia direct potong account (depend ... ada bank yg ambik masa sebulan dan boleh buat autodebit ada yg lepas 2 bulan baru on autodebit)


3. Kalau payment mode credit card:--- sign jer borang credit card yg disertakan sekali ngan proposal form .... tak perlu bayar cash.

4. Kalau payment potongan Biro Angkasa untuk kakitangan kerajaan, boleh .biasanya potongan hanya akan dibuat selepas 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan tu tetap gak kena bayar cash.

Kerjaya Bersama Prudential

Anda bosan dengan kerjaya sekarang? Tiada peningkatan dalam kerjaya? Beban kewangan semakin bertambah sedangkan pendapatan tidak bertambah? Ingin mempunyai perniagaan sendiri? Anda inginkan kerjaya yang memberi peluang peningkatan pendapatan tanpa had? Anda ingin jadi BOSS? Hubungi kami SEKARANG!!

Kami memerlukan ANDA untuk mengisi jawatan sebagai Perancang Kewangan Islam


INSENTIF DAN FAEDAH
+ Komisen dan bonus tahunan yang lumayan
+ Peluang kenaikan pangkat dan pendapatan tanpa had
+ Insentif melancong ke luar negara
+ Pembiayaan sehingga RM5,000 sebulan akan diberi kepada calon yang layak
+ Latihan percuma
+ Lokasi pejabat di Sri Rampai Wangsa Maju
+ Berdekatan dengan Stesen LRT Wangsa Maju
SYARAT KELAYAKAN

+ Berumur 20 tahun dan ke atas
+ Berpendidikan minimum DIPLOMA
+ Pengalaman dalam bidang JUALAN digalakkan memohon
+ Mempunyai kenderaan sendiri
+ Mempunyai sikap keusahawanan dan semangat ingin berjaya
+ Sabar, komited, rajin, jujur dan amanah

BERMINAT?

Sila hantar resume kepada azrina.agency@gmail.com
@ Hubungi Azam 013-2907260

Kenapa Prudential BSN




Biarkan kami membantu anda dengan membayar polisi anda. Anda hanya perlu berehat untuk menjadi sihat.

Tabungan percuma sepanjang hayat selepas penyakit kritikal.
Biarkan kami menabung untuk anda walaupun anda telah hilangpunca pendapatankerana penyakit yang dihadapi.

Menambahkan simpanan anda kerana polisi Takaful Prudential BSN adalah investment – linked.
Sebahagian daripada premium digunakan untuk pelaburan. Hasil daripada pelaburan akan dimasukan ke dalam akaun anda. Oleh itu, bayaran yang dibuat untuk premium polisi takaful tidak hangus, sebaliknya wang anda akan bertambah dengan adanya pelaburan.

Pelepasan cukai untuk anda sebanyak RM 6000.00 setahun untuk polisi takaful dan KWSP.
Daripada menggunakan wang anda untuk membayar cukai, sebaiknya wang tersebut digunakan untuk membeli polisi takaful. Selainmenjimatkan wang anda daripada membayar cukai, polisi takaful daripada Prudential BSN memberikan anda perlindunganyanglengkap dan juga pulangan wang daripada pelaburan.

Anda bebas memilih hospital untuk merawat anda.
Dengan rangkaian hospital yang besar (70 lebih panel hospital di serata negara) dan semakin berkembang, anda bebas untuk memilihhospital yang dapat mengubati penyakit anda. Contoh hospital adalah seperti Subang Jaya Medical Center, Prince Court Hospital dan rangkaian hospital Gleneagles.

Anda dilindungi 24 jam di serata dunia.
Walaupun dimana anda berada sama ada untuk tujuan kerja mahupun bercuti, polisi Prudential BSN Takaful akan melindungi anda.

Kemudahan untuk anda mendapatkan penjagaan jururawat persendirian di rumah.
Jika anda tidak senang berada di hospital untuk rawatan, anda boleh mendapatkan jururawat persendirian di rumah untuk merawat dan menjaga anda untuk pulih.

Menyelamatkan simpanan anda dengan Had Seumur Hidup yang tinggi untuk Medical Card.
Had seumur hidup bermula daripada RM 500,000 hingga RM2.5JUTA. Had seumur hidup yang tinggi untuk Medical Cardmelindungi simpanan hari tua anda daripada bil ataupun kos rawatan perubatan yang mahal dan semakin meningkat.

Had Tahunan yang tinggi untuk Medical Card.
Had tahunan bermula daripada RM 50,000 hingga RM 150,000. Had tahunan yang tinggi memastikan anda berasa tenang dan selamatkerana anda dan simpanan anda dilindungidaripada bil rawatan hospital.

Perlindungan Medical Card yang lama sehingga anda berumur 70 tahun atau 80 tahun.
Anda akan dilindungi untuk suatu tempoh masa yang lama sehingga berumur 70 tahunatau 80 tahun. Tempoh yang lama ini memastikan simpanan hari tua anda dapatdimanfaatkan untukkebaikkan anda sekeluarga tetapi bukan untuk bil rawatan hospital.

Perlindungan khusus untuk penyakit wanita
Melindungi anda daripada penyakit yang khusus menyerang wanita yang melibatkan cervix uteri, ovary dan banyak lagi.

Perlindungan untuk bakal ibu dan ibu
Sebagai bakal ibu atau pun ibu, anda dilindungi daripada penyakit yang disebabkan mengandung, keguguran, kematian anak (30 hari selepas bersalin) dan banyak lagi.

Mengurangkan komitmen anda dengan premium kekal.
Premium bayaran untuk polisi Prudential BSN Takaful adalah kekal untuk sepanjang hayat.Prudential BSN Takaful memudahkan danmeringan komitmen anda untuk memiliki polisi takaful dengan bayaran premium yang kekal walaupun usia anda semakin meningkat.

 

Anti-Smoking Campaign

Salam Semua..

Harap-harap sihat sejahtera hendaknya..... Tertengok satu iklan merokok ni kat TV malam tadi.. Dah lamer kita berkenan bebenor ngan iklan ni.. menusuk jiwa dan kalbu.. Tapi tak taulah pada si smoker kan.. ader rasa tajam manikam atau indak... Cuba kita ushar sikit iklan ni.. ngeri u knows.. sedih pun ader...Yerlah... betul insurans ader cover penyakit kanser, paru-paru dan seangkatan dengannya... tapi saper nak sakit? Cuba jawab tue.. Tak der saper kan... Prevention is better than cure.. Tapikan... orang yang smoker tue kena pikir orang disekeliling nyer.. Tak pasal-pasal dapat tittle second smoker.. Gelaran yang tak hingin kita nak dapat... Banyak dah kes kita dengar, pasal husband dier isap rokok, bini yang dapat kanser paru-paru.. Tak ker naya tue... Kalau nak isap tue, beringat ler sikit..



Tragedi PRU13



Saya sempat menziarahi seorang peserta takaful yang baru sahaja mengalami kemalangan. Beliau patah 3 tulang di kakinya, terpaksa menerima rawatan pembedahan beberapa hari akan datang untuk memasukkan besi dalam tulang kaki beliau. Suasana pilu dan perbualan kami hanya berkisarkan peristiwa kejadian dan bagaimana tuntuan kewangan yang boleh dapat. Peserta takaful ini seboleh-bolehnya ingin mendapatkan segala tuntuan untuk perbelanjaan hospital dan pampasan kemalangannya.

Dalam perjalanan ke hospital juga saya berbual dengan rakan mengenai trend terkini pemakaian tudung yang berjenama. Fesyen ini menjadi ikutan ramai muslimah dan ini satu perkembangan baik dalam perkembangan perniagaan fesyen muslimah. Harga tudung ini boleh mencapai ratusan ringgit dan menjadi rebutan sepanjang masa bukan terhad pada musim perayaan.

Dalam pemikiran saya ketika itu, melalui dua cerita ini, seseorang individu perlu mengagihkan pendapatan mereka mengikut keutamaan semasa. Tidak salah membeli dan memakai fesyen yang berjenama mahal asalkan kita telah memenuhi keperluan kewangan lain yang diperlukan ketika waktu terdesak.

Susun keutamaan penggunaan wang anda mengikut aturan yang penting dan berjimat dalam segala perbelanjaan bulanan anda.  Jangan biarkan diri anda dalam kerumitan dikemudian hari hanya kerana memenuhi hawa nafsu yang tidak terbatas pada masa sekarang.
 Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, klik di sini

Takaful Ummah

Pakej ummah ni adalah simpanan untuk menunaikan haji atau umrah di Mekah. Min adalah RM60/- sbln. Apa beza membuat simpanan di tabung haji dengan simpanan di pakej ummah ni? Ekceli ada perbezaannya:



1. Simpanan tabung haji vs pakej takaful ummah
    Tabung haji = simpanan sahaja

    Takaful ummah = simpanan + protection

2. Badal haji
    Tabung haji = kalau meninggal, simpanan akan disimpan di Amanah Raya selama 2-3 tahun
    sebelum diberikan kepada pewaris. Then, kemungkinan pewaris akan menggunakan simpanan
    tersebut untuk buat badal haji (kalau pewaris mampu).

    Takaful ummah = kalau meninggal, Prudential akan beri RM3000 percuma (tanpa menggunakan
    sesen pun dari duit simpanan) untuk travel agen dari tabung haji untuk buat badal haji pada si mati.
    Tak payah nak tunggu duit yang disimpan di amanah raya atau menggunakan pewaris untuk buat
    badal haji tersebut.

3. Berlaku kemalangan (kematian / hilang upaya kekal) ketika menunaikan haji atau umrah
    Tabung haji = kalau berlaku kemalangan semasa menunaikan haji/umrah, nescaya la kena pakai 
    duit sendiri utk cover kita sewaktu kecemasan..last2 pakai duit simpanan.. betul x?

    Takaful ummah = kalau berlaku kemalangan semasa menunaikan haji/umrah, duit perlindungan 
    yang dalam polisi adalah RM20000 akan menjadi RM40000 dimana prudential akan gandakan duit 
    perlindungan itu. Nampak menarik bukan?

4. Jaminan Haji?
    Tabung haji = belum tentu
    Takaful Ummah = insyaAllah gerenti Haji... =)


Cara Claim

1- Claim Online (Bil dan Elaun)
Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, client perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).
Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.
Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.
Untuk memudahkan anda memahami cara untuk masuk wad menggunakan Medical Card PruBSN Takaful...



2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)
Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN.
Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.
3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)
Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.
4- Claim Accident (Medical/ MC)
Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.
5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)

Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agent atau PruBSN.
6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)
Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.
7- Tempoh Tuntutan
Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.
Anda boleh hubungi agent anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.

Tempoh Menunggu

Klik Untuk Lebih jelas


Jika anda baru sahaja menerima sijil Takafulink beserta Kad Perubatan, anda telah di lindungi daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan. Namun bagi penyakit-penyakit biasa dan beberapa penyakit tertentu, anda perlu menunggu untuk beberapa tempoh masa tertentu sebelum mendapat perlindungan sepenuhnya. Sila rujuk rajah berikut:

Penerangan

1) Tarikh Kuatkuasa - Melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan sahaja.

2) Selepas 1 bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit biasa kecuali penyakit-penyakit spesifik. Kos rawatan perlu di bayar dahulu dan tuntutan secara manual perlu di buat.

3) Selepas 3 bulan - Kad boleh di gunakan di Hospital Panel bagi kemasukan ke wad Tanpa Deposit dan Tanpa perlu membuat tuntutan

4) Selepas 4 Bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit spesifik.

Secara ringkas, Kad ini tidak memberi perlindungan penuh secara serta-merta. Oleh itu, jika anda fikir kad ini dapat membantu di masa-masa kecemasan, jangan bertangguh lagi untuk mendapatkannya kerana kita tidak tahu bila sebenarnya ia akan di perlukan.

Pelaburan di PruBSN Takaful


Setiap pelaburan anda akan digunakan untuk membeli dana-dana bagi mengembangkan pelaburan dalam plan perlindungan.

Ramai yang tidak tahu wujudnya dana ini, kebanyakan agen akan meletakkan dana mengikut keadaan semasa ketika itu tetapi anda berhak memilih dana yang anda mahukan.

Anda boleh melihat perkembangan dana ini di dalam akhbar utama mahupun di lawan web www.prubsn.com.my

Anda boleh menukar dana mengikut kadar semasa, sehingga artikel ini ditulis, dana yang bernilai tinggi adalah dana ekuiti. Pertukaran dana adalah percuma untuk sekali setahun.


Nilai-Nilai Murni di Prudential BSN Takaful


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...