Ads 468x60px

Text

  • Pelan PruBSN Takaful

    Kehidupan tanpa perlindungan ibarat anda duduk tanpa kerusi..ibarat anda berjalan tanpa tongkat apabila tidak lagi boleh berjalan..

  • Adakah Anda Belum Terlambat ?

    kata-kata 'Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara' sering bermain di fikiran kita..tapi adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya?

  • Adakah Ini Impian Anda?

    Apakah impian anda? Kereta mewah? Rumah banglo? percutian luar negara? Sertai kami dan anda bakal memenuhi impian anda..

Ayat Magic???

Hari ni saya nak kongsi tentang ayat magik "saya memang ada niat nak ambil takaful ni, tapi...". Sepanjang pengalaman saya bersama PruBSN Takaful, sering kali saya dengar ayat magik di atas. Kadang-kadang saya rasa simpati pun ada, sebab kereta sampai dua biji, rumah ada empat bilik, baju anak-anak tak main brand Kiki Lala, tapi beli Baby Gap, Osh Kosh, sampaikan tak mampu nak ambil takaful.

Pembaca semua, ambil takaful ni bukan mahal sangat.. Tak semahal bayar kereta tujuh lapan ratus sebulan. Tak setanding harga sepasang baju dan seluar Baby Gap. Menyediakan payung sebelum hujan dengan takaful ni boleh bermula dengan RM100 sebulan  pun. Tak perlu bayar lima enam ratus sebulan pun. Tapi kenapa ramai masih menggunakan ayat magik ya?

Agak-agaknya kalau tiba-tiba kena operation RM50,000 kat Institut Jantung Negara, boleh tak bila staff bahagian admission tanya "Encik nak bayar bil nanti pakai cash ke, atau nak pakai insurans / takaful?", lepas tu kita jawab "Saya tak ada cash banyak tu. Tu la, saya memang ada niat nak ambil takaful ni, tapi...". Agak-agak boleh tak bayar bil dengan jawab macam tu ek? Kalau boleh, minta tolong ajarkan saya bagaimana. Kalau tak boleh, kenapa masih nak gunakan ayat magik tu? ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...