Ads 468x60px

Text

Featured Posts

  • Pelan PruBSN Takaful

    Kehidupan tanpa perlindungan ibarat anda duduk tanpa kerusi..ibarat anda berjalan tanpa tongkat apabila tidak lagi boleh berjalan..

  • Adakah Anda Belum Terlambat ?

    kata-kata 'Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara' sering bermain di fikiran kita..tapi adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya?

  • Adakah Ini Impian Anda?

    Apakah impian anda? Kereta mewah? Rumah banglo? percutian luar negara? Sertai kami dan anda bakal memenuhi impian anda..

Kenapa Anda Perlu Menyertai kami?

Siapakah yang wajib menyertai kami?
Dalam dunia yang serba mencabar ini, adakah mudah bagi anda untuk mencari pekerjaan dengan bayaran gaji seperti yang anda inginkan? Adakah anda dibayar gaji setimpal dengan dengan kelulusan akademik yang anda ada?Anda seorang salesman?
Jika anda seperti yang saya terangkan itu, anda wajib menyertai kami.

Apakah jawatan yang kami tawarkan?
Jawatan yang kami tawarkan tidak lain tidak bukan adalah Perunding Kewangan. atau dengan kata lain, agen takaful.

Apakah persepsi anda dengan perkataan 'Agen Takaful'?
Low standard? Malu dengan title 'agen takaful'? Tak boleh cari duit? susah dapat customer? kalau anda boleh buat direct sale, kenapa anda tidak boleh buat takaful? Semua itu hanyalah alasan semata-mata..
Di mana ada kemahuan di situ ada rezeki InsyaAllah..

Apakah benefit/faedah yang kami tawarkan?
Selama ini adakah anda pernah terfikir untuk mempunyai pendapatan yang melebihi 5 angka? Dengan kami, anda tidak perlu risau. Anda tidak mengeluarkan sesen pun duit poket anda. Malah kami yang akan tanggung segalanya. Tugas anda hanyalah, BUAT.

Sebagai agen takaful, anda akan menikmati 3 benefit yang ditawarkan oleh pihak syarikat iaitu komisen, bonus dan insentif yang akan berganda setiap tahun. Untuk maklumat lanjut mengenai benefit-benefit yang ditawarkan :

Komisen | Bonus | Insentif

Dan yang paling penting, hidup anda 6 tahun daripada sekarang akan berubah sama sekali..InsyaAllah

Hubungi Azam (013-2907260) / Pn.Azrina Ishak (0192757167)
@ Klik disini untuk MENGUBAH hidup anda.

 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)


Jenis Kanser Wanita Dan Kos Rawatan

Wanita lebih berisiko? Jom kita analisa..Berikut adalah senarai penyakit kanser yang menyerang wanita :




Serangan Kanser Mengikut Jantina (Sumber : Institut Kajian Nilai)

Align Left~ Kanser paru-paru
~ Kanser payudara
~ Kanser kulit
~ Kanser ovari
~ Kanser rahim
~ Kangser pangkal rahim
~ Kanser faraj
~ Kanser vulva
~ Kanser usus besar
~ Kanser rektum


Tahukah anda kos rawatan Penyakit Kritikal sekarang?
Ini merupakan kos rawatan di Malaysia tidak termasuk kos petrol untuk berulang alik ke hospital dan sebagainya..
Prudential BSN Takaful dengan manfaat Medical Card (Bil Rawatan Perubatan sehingga RM150,000 setahun) & manfaat-manfaat lain yang disediakan, boleh membantu masalah kewangan yang mungkin bakal di hadapi pada masa depan.."Sediakan Payung Sebelum Hujan.." "Ambil Semasa Sihat, Sebelum Sakit" :)

Ayat Magic???

Hari ni saya nak kongsi tentang ayat magik "saya memang ada niat nak ambil takaful ni, tapi...". Sepanjang pengalaman saya bersama PruBSN Takaful, sering kali saya dengar ayat magik di atas. Kadang-kadang saya rasa simpati pun ada, sebab kereta sampai dua biji, rumah ada empat bilik, baju anak-anak tak main brand Kiki Lala, tapi beli Baby Gap, Osh Kosh, sampaikan tak mampu nak ambil takaful.

Pembaca semua, ambil takaful ni bukan mahal sangat.. Tak semahal bayar kereta tujuh lapan ratus sebulan. Tak setanding harga sepasang baju dan seluar Baby Gap. Menyediakan payung sebelum hujan dengan takaful ni boleh bermula dengan RM100 sebulan  pun. Tak perlu bayar lima enam ratus sebulan pun. Tapi kenapa ramai masih menggunakan ayat magik ya?

Agak-agaknya kalau tiba-tiba kena operation RM50,000 kat Institut Jantung Negara, boleh tak bila staff bahagian admission tanya "Encik nak bayar bil nanti pakai cash ke, atau nak pakai insurans / takaful?", lepas tu kita jawab "Saya tak ada cash banyak tu. Tu la, saya memang ada niat nak ambil takaful ni, tapi...". Agak-agak boleh tak bayar bil dengan jawab macam tu ek? Kalau boleh, minta tolong ajarkan saya bagaimana. Kalau tak boleh, kenapa masih nak gunakan ayat magik tu? ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...