Peranan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai.
Anda disanjung dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan
membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai
seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk
memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala yang anda hadapi.
Kaum
wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam
perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan
yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.
Walau
bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin
menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan
membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang
dihadapi oleh kaum wanita.
Di PruBSN Takaful, kami menghargai dan
memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan
suatu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan
untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping
menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin
timbul.
MEMPERKENALKAN TAKAFUL PUTERI
Takaful
Puteri adalah suatu rider yang dicipta khas yang memberi anda
perlindungan terhadap kesan kewangan akibat rawatan perubatan yang mahal
yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita.
Rider ini boleh dikaitkan dengan Pelan Takafulink anda. Ia memberi anda
perlindungan yang menyeluruh serta fleksibiliti yang amat sesuai untuk
tujuan ini. Rider Takaful Puteri ini didapati dalam dua pelan yang
istimewa:
1. Takaful Puteri
Pelan ini memberi anda perlindungan terhadap pelbagai penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita.
2. Takaful Puteri Plus
Pelan ini dicipta khas untuk memberi anda perlindungan yang
MENYELURUH dan banyak lagi. Selain dari penyakit-penyakit yang dihadapi
oleh kaum wanita, ia juga memberi perlindungan terhadap kerumitan semasa
tempoh hamil dan penyakit kongenital bayi.
Apakah Perlindungan Yang Disediakan untuk Anda?
- Kanser Wanita (Kanser Payudara, Uteri Serviks, Tiub Falopia, Ovari, Uterus dan Vagina/Vulva)
- Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
- Artritis Reumatoid dengan Komplikasi
- Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana Kemalangan
- Pemindahan Kulit kerana Kebakaran
- Pemindahan Kulit kerana Kanser Kulit
- Karsinoma-in-situ Payudara atau Uteri Serviks
- Komplikasi Kehamilan
- Penyebaran Penggumpalan Intravaskular
(selepas hamil 7 bulan)
- Kehamilan Ektopik
( kandungan luar rahim )
- Kandungan Molar
- Kematian Fetus
(selepas 195 hari mengandung)
- Kematian Anak
(dalam tempoh 30 hari selepas lahir)
Penyakit Kongenital Bayi (hidup lebih daripada 30 hari selepas lahir dan didiagnos dalam tempoh 2 tahun selepas lahir)
- Kecacatan Ventrikel Septum
- Kecacatan Atrium Septum
- Sindrom Down
- Spina Bifida
- Tetralogi Fallot
- Transposisi Pembuluh Utama
-
Pelan PruBSN Takaful
Kehidupan tanpa perlindungan ibarat anda duduk tanpa kerusi..ibarat anda berjalan tanpa tongkat apabila tidak lagi boleh berjalan..
-
Adakah Anda Belum Terlambat ?
kata-kata 'Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara' sering bermain di fikiran kita..tapi adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya?
-
Adakah Ini Impian Anda?
Apakah impian anda? Kereta mewah? Rumah banglo? percutian luar negara? Sertai kami dan anda bakal memenuhi impian anda..