Ads 468x60px


Text

  • Pelan PruBSN Takaful

    Kehidupan tanpa perlindungan ibarat anda duduk tanpa kerusi..ibarat anda berjalan tanpa tongkat apabila tidak lagi boleh berjalan..

  • Adakah Anda Belum Terlambat ?

    kata-kata 'Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara' sering bermain di fikiran kita..tapi adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya?

  • Adakah Ini Impian Anda?

    Apakah impian anda? Kereta mewah? Rumah banglo? percutian luar negara? Sertai kami dan anda bakal memenuhi impian anda..

Tragedi PRU13



Saya sempat menziarahi seorang peserta takaful yang baru sahaja mengalami kemalangan. Beliau patah 3 tulang di kakinya, terpaksa menerima rawatan pembedahan beberapa hari akan datang untuk memasukkan besi dalam tulang kaki beliau. Suasana pilu dan perbualan kami hanya berkisarkan peristiwa kejadian dan bagaimana tuntuan kewangan yang boleh dapat. Peserta takaful ini seboleh-bolehnya ingin mendapatkan segala tuntuan untuk perbelanjaan hospital dan pampasan kemalangannya.

Dalam perjalanan ke hospital juga saya berbual dengan rakan mengenai trend terkini pemakaian tudung yang berjenama. Fesyen ini menjadi ikutan ramai muslimah dan ini satu perkembangan baik dalam perkembangan perniagaan fesyen muslimah. Harga tudung ini boleh mencapai ratusan ringgit dan menjadi rebutan sepanjang masa bukan terhad pada musim perayaan.

Dalam pemikiran saya ketika itu, melalui dua cerita ini, seseorang individu perlu mengagihkan pendapatan mereka mengikut keutamaan semasa. Tidak salah membeli dan memakai fesyen yang berjenama mahal asalkan kita telah memenuhi keperluan kewangan lain yang diperlukan ketika waktu terdesak.

Susun keutamaan penggunaan wang anda mengikut aturan yang penting dan berjimat dalam segala perbelanjaan bulanan anda.  Jangan biarkan diri anda dalam kerumitan dikemudian hari hanya kerana memenuhi hawa nafsu yang tidak terbatas pada masa sekarang.
 Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, klik di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...