Ads 468x60px


Text

  • Pelan PruBSN Takaful

    Kehidupan tanpa perlindungan ibarat anda duduk tanpa kerusi..ibarat anda berjalan tanpa tongkat apabila tidak lagi boleh berjalan..

  • Adakah Anda Belum Terlambat ?

    kata-kata 'Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara' sering bermain di fikiran kita..tapi adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya?

  • Adakah Ini Impian Anda?

    Apakah impian anda? Kereta mewah? Rumah banglo? percutian luar negara? Sertai kami dan anda bakal memenuhi impian anda..

Kenapa Ramai Tak Ada Takaful???

Kat sini sy nak cerita kan sikit sebanyak kenapa rakyat Malaysia terutamanya Melayu, ramai yang tidak mahu mengambil perlindungan takaful. Di antara beberapa sebab kenapa mereka menganggap takaful itu tak penting, kerana :-

1) Kedudukan Kewangan orang melayu yang ketat.

Tahu tak 60% penduduk Malaysia adalah bangsa Melayu, tetapi hanya 8.6% sahaja yang ada takaful. Kenapa? sebab gaji/Income bangsa Melayu per kapita RM1800-RM2999 sebulan.. Jadi, bila ada agent takaful datang untuk menjual takaful, bangsa Melayu ni akan berfikir dua kali untuk mengambil polisi takaful tersebut, padahal dia tau takaful tu penting dan berguna untuk hari tua dia nanti..

2)Kurang Kefahaman & Kesedaran tentang kepentingan takaful

Saban tahun, kita sedar tak sedar, kos perubatan semakin meningkat. sedangkan kuasa kewangan yang ada pada kita semakin terhad.
Pelan Perlindungan Takaful direka cipta khusus untuk melindungi kepentingan kewangan keluaraga apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Perkara-perkara yang berkemungkinan berlaku, antaranya;

(a). Kematian di usia yang muda
(b). Keilatan dan kecacatan kekal menyeluruh
(c). Menghidapi penyakit kritikal
(d). Kos perubatan khusus
(e). Hidup terlalu lama

Pelan Perlindungan Takaful boleh dijadikan mekanisma bagi menyelesaikan liabiliti/tanggungan hutang seperti gadaian bank, keperluan-keperluan pembayaran yang lain dan sebagai sumber kewangan kepada Ahli Waris.

Pendek kata, wang daripada Manfaat Takaful tersebut akan digunakan untuk membayar segala liabiliti kewangan yang ada serta memberi pembelaan kepada Ahli-Ahli Waris bagi meneruskan hidup mereka. Pelan Perlindungan Takaful boleh mengambilalih sebahagian atau keseluruhan komitmen kewangan anda. Oleh yang demikian ahli waris tidk akan terbeban oleh liabiliti ketika ketiadaan anda.


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Pelaksanaan Takaful Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep dan pelaksanaan takaful di Malaysia adalah bertepatan dengan syariat Islam. Maklumat Lanjut..---> http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelaksanaan-takaful-di-malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...