Kenapa Wanita Perlukan Perlindungan Takaful?
MENGAPA WANITA PERLUKAN INSURANS
Oleh kerana wanita hari ini begitu istimewa dan memainkan peranan yang
sama pentingnya dengan kaum lelaki, mereka memerlukan perancangan
insurans yang sempurna, bagi memastikan kehidupan dan masa depan mereka
terjamin.
UNTUK MELINDUNGI KEBAJIKAN SENDIRI
Sebab utama mengapa wanita memerlukan insurans, adalah kerana
kehidupannya yang mudah terdedah kepada pelbagai risiko penyakit dan
masalah kehidupan.
Anda perlu sedar bahawa, semakin meningkat umur anda, semakin tinggi
risiko untuk anda menghidap pelbagai jenis penyakit berbahaya. Sebagai
contoh, penyakit yang pada awalnya disangka apendiks, rupa-rupanya
adalah kanser usus. Benjolan yang disangka ketumbuhan biasa (cyst),
rupa-rupanya kanser payudara.
Suami yang anda harapkan sebagai pelindung kebajikan, rupa-rupanya
dialah yang pertama menuntut cerai kerana tidak sanggup untuk menjaga
anda yang sudah tidak berupaya.
Kejadian seperti di atas sudah banyak kali berlaku dan sebagai wanita
bijak, jangan anggap apa yang berlaku ke atas orang lain, tidak akan
berlaku ke atas diri anda. Sebab itulah anda perlu melindungi sumber
kewangan anda sekarang. Anda juga perlu sedar bahawa, dari segi
statistik, wanita biasanya hidup lebih lama dari lelaki (mencecah umur
75 hingga 80 tahun).
Dan jika anda hidup lebih lama, anda tentunya memerlukan wang untuk
menyara hidup anda. Masalahnya, siapa akan menyara hidup anda, jika anda
sudah tidak bekerja lagi?
Kata orang tua-tua, seorang ibu boleh menjaga 8 orang anak. Tetapi dalam
realiti kehidupan sekarang, 8 orang anak, belum tentu sanggup menjaga
seorang ibu!
Anda mungkin menjadi suatu beban kepada anak anda sendiri. Lebih-lebih
lagi apabila anda sering sakit, kurang upaya, menumpang rumahnya atau
mengharapkan wang bulanan darinya.
Untuk mengatasi masalah sebegini, anda perlu membuat simpanan persaraan
mulai sekarang, agar anda dapat meneruskan kehidupan anda, tanpa
memerlukan bantuan dari sesiapa, termasuklah dari anak anda sendiri.
Menyimpan dari sekarang, kurang peritnya berbanding menyimpan ketika
umur sudah hampir bersara. Ini kerana, untuk mengumpulkan tabung
persaraan sebanyak RM100,000 anda hanya perlu menyimpan RM334 sebulan
ketika berumur 30 tahun, berbanding RM1,667 sebulan ketika berumur 50
tahun.
UNTUK MELINDUNGI KEPENTINGAN KE ATAS SUAMI
Bagi wanita yang bergantung pendapatan dari suami, tidak kira sama ada
anda seorang suri rumah, bekerja atau berniaga, anda memerlukan insurans
bagi menjamin nafkah yang berterusan dari suami.
Sekiranya semalam suami anda hilang keupayaan untuk bekerja, sama ada
akibat sakit atau kemalangan, gaji bulanannya juga akan terhenti setakat
itu sahaja.
Kalau ketika suami masih sihat pun, anda sudah mengeluh tentang
perbelanjaan keluarga yang terpaksa anda tanggung bersama, cuba anda
bayangkan, betapa sengsaranya hidup anda apabila terpaksa menanggung
kesemuanya?
Lebih-lebih lagi apabila suami anda ada banyak hutang pinjaman yang
perlu anda selesaikan, terutamanya apabila anda menjadi penjamin dan
pewaris kepada hutangnya.
Oleh sebab itulah, anda perlu melindungi sumber pendapatan suami dan kos
perubatannya agar kehidupan anda sendiri tidak terjejas nanti.
UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN ANAK
Bagi wanita yang mempunyai impian untuk melihat anaknya melanjutkan
pelajaran ke peringkat tinggi (IPT), anda perlu membuat simpanan
pendidikan mulai sekarang, agar impian tersebut tidak musnah di tengah
jalan.
Simpanan untuk pendidikan anak, perlu anda seimbangkan dengan
perlindungan kebajikannya terutamanya dari segi perubatan hospital. Jika
anda hanya menyimpan sahaja, tetapi tidak melindungi kebajikannya,
suatu hari nanti, anda pasti akan menebus-semula simpanan tersebut, bagi
menampung kos perubatan hospitalnya.
UNTUK MENGHARGAI JASA BAIK IBU BAPA
Bagi wanita yang masih mempunyai ibu bapa, anda mungkin terpaksa
mengeluarkan belanja yang banyak ketika ibu bapa sakit atau ketika
mereka memerlukan penjagaan. Anda mungkin terpaksa berhutang di sana
sini semata-mata untuk mengambil hati ibu bapa yang sudah banyak berjasa
membesarkan anda selama ini.
Mengambil insurans perubatan dan insurans warga emas, adalah salah satu
cara paling efektif untuk menghargai jasa ibu bapa kita yang sudah tua.
Bukan sahaja anda dapat menyediakan rawatan hospital yang sempurna untuk
mereka, malahan pelbagai kos penjagaan juga dapat anda ganti-semula
melalui pampasan insurans yang anda belikan untuk mereka.