-
Pelan PruBSN Takaful
Kehidupan tanpa perlindungan ibarat anda duduk tanpa kerusi..ibarat anda berjalan tanpa tongkat apabila tidak lagi boleh berjalan..
-
Adakah Anda Belum Terlambat ?
kata-kata 'Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara' sering bermain di fikiran kita..tapi adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya?
-
Adakah Ini Impian Anda?
Apakah impian anda? Kereta mewah? Rumah banglo? percutian luar negara? Sertai kami dan anda bakal memenuhi impian anda..
Kisah Lelaki Cina & Perunding Takaful
LC: Selama awak bekerja di Takaful, berapa ramai orang melayu yg cakap tiada duit mahu ambil takaful?
PT: Boleh tahan juga ramainya. Bila diajak menyertai Takaful, masing2 mengatakan tiada duit. Hendak digunakan membeli kelengkapan perayaan, kelengkapan sekolah, minggu hadapan sahaja lah... dan akhirnya cancel.
LC: Orang Melayu sebenarnya baik, cerdik and they have a lot of money, but many of them, they sooo stupid! I don't want to insult you, but that the truth.
PT: Terkejut & rasa nak marah pun ada.
LC: I'm sorry sebab I cakap mcm tu, but when you see lot of Chinese shop yg menjual handphone, casing handphone, benda2 bodoh mcm spongebob, dragonball that they put at their phone is useless.
LC: But the buyer is Malay also they were Muslim. I thought they have a lot of money instead bought that useless thing. But when it come to saving for future, education they keep saying - just borrow. I thought that Islam thought you to settle your debt sebelum mati kan?
PT: Terdiam.
LC: Dulu I pernah juga menjadi insurans ejen, but not too long sebab after my father meninggal dunia, I jaga bisnesnya. Tetapi yang bagusnya, apabila meninggal dunia, insurans diberikan pada kami sekeluarga RM500,000 for the coverage. You ingat kita boleh buka bisnes kalau tiada duit? Duit coverage inilah buat modal utk buka bisnes dan juga utk byr hutang... You kira bagus sebab melakukan perkerjaan ini, my Ustaz tell me that doing Takaful also part of dakwah. You do Takaful halal, Insurans haram.
Petikan kisah diatas adalah dari buku Jumaat Bersama Tok Guru, karangan Ann Wan Seng.
Tambang untuk tunaikan haji kekal RM9,980
KUANTAN - Tambang untuk menunaikan
haji tahun ini kekal pada kadar RM9,980 seorang bagi jemaah yang
mengerjakan ibadat itu buat kali pertama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan dan Lembaga Tabung Haji
(TH) bersetuju untuk mengekalkan kadar tambang sedia ada sebagai satu
keistimewaan kepada jemaah, sekalipun kos seperti penginapan dan
pengangkutan meningkat berbanding tahun lepas.
"Setiap tahun ada peningkatan kos
menunaikan haji dalam bentuk tambang penerbangan, penginapan, makan dan
sebagainya. Tahun lalu, kos seorang jemaah ialah RM15,150 dan tahun ini
ia meningkat kepada RM15,555 seorang.
"Tetapi atas sifat kemurahan TH
melalui kerajaan, kita memutuskan untuk mengekalkan tambang sebanyak
RM9,980 bagi setiap jemaah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29 di sini semalam.
Dalam pada itu, beliau memberitahu,
TH dijangka mengumumkan bonus dan dividen yang bakal diperoleh
pendeposit haji pada Khamis ini.
"Pada masa ini terdapat dana
berjumlah RM35 bilion di TH dan saya akan umumkan bonus dan dividen
pendeposit Khamis depan," katanya.
kosmo
Labels:
Isu Semasa
Kenapa Wanita Perlukan Perlindungan Takaful?
MENGAPA WANITA PERLUKAN INSURANS
Oleh kerana wanita hari ini begitu istimewa dan memainkan peranan yang sama pentingnya dengan kaum lelaki, mereka memerlukan perancangan insurans yang sempurna, bagi memastikan kehidupan dan masa depan mereka terjamin.
UNTUK MELINDUNGI KEBAJIKAN SENDIRI
Sebab utama mengapa wanita memerlukan insurans, adalah kerana kehidupannya yang mudah terdedah kepada pelbagai risiko penyakit dan masalah kehidupan.
Anda perlu sedar bahawa, semakin meningkat umur anda, semakin tinggi risiko untuk anda menghidap pelbagai jenis penyakit berbahaya. Sebagai contoh, penyakit yang pada awalnya disangka apendiks, rupa-rupanya adalah kanser usus. Benjolan yang disangka ketumbuhan biasa (cyst), rupa-rupanya kanser payudara.
Suami yang anda harapkan sebagai pelindung kebajikan, rupa-rupanya dialah yang pertama menuntut cerai kerana tidak sanggup untuk menjaga anda yang sudah tidak berupaya.
Kejadian seperti di atas sudah banyak kali berlaku dan sebagai wanita bijak, jangan anggap apa yang berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku ke atas diri anda. Sebab itulah anda perlu melindungi sumber kewangan anda sekarang. Anda juga perlu sedar bahawa, dari segi statistik, wanita biasanya hidup lebih lama dari lelaki (mencecah umur 75 hingga 80 tahun).
Dan jika anda hidup lebih lama, anda tentunya memerlukan wang untuk menyara hidup anda. Masalahnya, siapa akan menyara hidup anda, jika anda sudah tidak bekerja lagi?
Kata orang tua-tua, seorang ibu boleh menjaga 8 orang anak. Tetapi dalam realiti kehidupan sekarang, 8 orang anak, belum tentu sanggup menjaga seorang ibu!
Anda mungkin menjadi suatu beban kepada anak anda sendiri. Lebih-lebih lagi apabila anda sering sakit, kurang upaya, menumpang rumahnya atau mengharapkan wang bulanan darinya.
Untuk mengatasi masalah sebegini, anda perlu membuat simpanan persaraan mulai sekarang, agar anda dapat meneruskan kehidupan anda, tanpa memerlukan bantuan dari sesiapa, termasuklah dari anak anda sendiri.
Menyimpan dari sekarang, kurang peritnya berbanding menyimpan ketika umur sudah hampir bersara. Ini kerana, untuk mengumpulkan tabung persaraan sebanyak RM100,000 anda hanya perlu menyimpan RM334 sebulan ketika berumur 30 tahun, berbanding RM1,667 sebulan ketika berumur 50 tahun.
UNTUK MELINDUNGI KEPENTINGAN KE ATAS SUAMI
Bagi wanita yang bergantung pendapatan dari suami, tidak kira sama ada anda seorang suri rumah, bekerja atau berniaga, anda memerlukan insurans bagi menjamin nafkah yang berterusan dari suami.
Sekiranya semalam suami anda hilang keupayaan untuk bekerja, sama ada akibat sakit atau kemalangan, gaji bulanannya juga akan terhenti setakat itu sahaja.
Kalau ketika suami masih sihat pun, anda sudah mengeluh tentang perbelanjaan keluarga yang terpaksa anda tanggung bersama, cuba anda bayangkan, betapa sengsaranya hidup anda apabila terpaksa menanggung kesemuanya?
Lebih-lebih lagi apabila suami anda ada banyak hutang pinjaman yang perlu anda selesaikan, terutamanya apabila anda menjadi penjamin dan pewaris kepada hutangnya.
Oleh sebab itulah, anda perlu melindungi sumber pendapatan suami dan kos perubatannya agar kehidupan anda sendiri tidak terjejas nanti.
UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN ANAK
Bagi wanita yang mempunyai impian untuk melihat anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (IPT), anda perlu membuat simpanan pendidikan mulai sekarang, agar impian tersebut tidak musnah di tengah jalan.
Simpanan untuk pendidikan anak, perlu anda seimbangkan dengan perlindungan kebajikannya terutamanya dari segi perubatan hospital. Jika anda hanya menyimpan sahaja, tetapi tidak melindungi kebajikannya, suatu hari nanti, anda pasti akan menebus-semula simpanan tersebut, bagi menampung kos perubatan hospitalnya.
UNTUK MENGHARGAI JASA BAIK IBU BAPA
Bagi wanita yang masih mempunyai ibu bapa, anda mungkin terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak ketika ibu bapa sakit atau ketika mereka memerlukan penjagaan. Anda mungkin terpaksa berhutang di sana sini semata-mata untuk mengambil hati ibu bapa yang sudah banyak berjasa membesarkan anda selama ini.
Mengambil insurans perubatan dan insurans warga emas, adalah salah satu cara paling efektif untuk menghargai jasa ibu bapa kita yang sudah tua.
Bukan sahaja anda dapat menyediakan rawatan hospital yang sempurna untuk mereka, malahan pelbagai kos penjagaan juga dapat anda ganti-semula melalui pampasan insurans yang anda belikan untuk mereka.
Majlis Shariah PruBSN Takaful
1. Datuk Haji Mohd. Nakhaie Haji Ahmad – SC
Chairman Datuk Haji Mohd Nakhaie is currently the President of Islamic
Dakwah Foundation of Malaysia . Graduated from Al-Azhar University in
theology and philosophy, he also holds a master degree in Islamic
history and civilization from Cairo University .
Experienced in youth and student's movement for more than 18 years, Datuk Nakhaie also has more than 20 years experience in politics specializing in political information. He also has actively involved in many intellectual and political seminars, conferences and talks in Malaysia and abroad since 1965 as student leader, political leader and social activist.
Datuk Nakhaie has written many articles on various areas of Islamic revealed knowledge in magazines and newspapers such as Islamic ethics, Islamic history and civilization, Islamic traditions in da'wah, ibadah and so on.
2. Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff Hussain – SC MemberBefore being a rector of Islamic College of Darul Ridzuan, Datuk Yusoff was a mufti of Federal Territory for 2 years. He was also a lecturer in Malaysian National University (UKM) for almost 30 years. He used to be the head of Department of Islamic theology and philosophy as well as the dean of faculty of Islamic studies.
3 . Dr. Mohd Fuad Md Sawari- A lecturer in International Islamic University Malaysia (IIUM) since 1996, Dr. Mohd Fuad is currently Chairman of Shariah Committee for Bank Simpanan Nasional. After completing his first degree in Islamic Academy, University Malaya in Syariah Faculty in 1991, he obtained his second degree from University of Amman , Jordan in 1995. In 2004 he acquired Ph.D in Fiqh and Usul Fiqh from International Islamic University Malaysia writing a thesis on E-Commerce between Islamic and Malaysian Law. He also has written several books in Islamic jurisprudence such as Introduction to Study in Fiqh and so on.
4. Burhanuddin Lukman-His working experience begins as Assistant Lecturer in Kulliyyah of Laws of IIUM in 1993 after graduation from Islamic University of Madinah. Ustaz Burhan then pursued his study in University Al al-Bayt, Jordan until he secured his second degree in 2000. He also holds Shariah Lawyer Certificate from Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) in 2002.
Ustaz Burhan is currently a lecturer in Kulliyyah of Laws of IIUM since 2000 while being a member of Shariah Committee in Al-Rajhi Bank Malaysia . He speaks fluently 3 different languages besides his mother tongue mainly; Arabic, English and Mandarin.
Experienced in youth and student's movement for more than 18 years, Datuk Nakhaie also has more than 20 years experience in politics specializing in political information. He also has actively involved in many intellectual and political seminars, conferences and talks in Malaysia and abroad since 1965 as student leader, political leader and social activist.
Datuk Nakhaie has written many articles on various areas of Islamic revealed knowledge in magazines and newspapers such as Islamic ethics, Islamic history and civilization, Islamic traditions in da'wah, ibadah and so on.
2. Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff Hussain – SC MemberBefore being a rector of Islamic College of Darul Ridzuan, Datuk Yusoff was a mufti of Federal Territory for 2 years. He was also a lecturer in Malaysian National University (UKM) for almost 30 years. He used to be the head of Department of Islamic theology and philosophy as well as the dean of faculty of Islamic studies.
3 . Dr. Mohd Fuad Md Sawari- A lecturer in International Islamic University Malaysia (IIUM) since 1996, Dr. Mohd Fuad is currently Chairman of Shariah Committee for Bank Simpanan Nasional. After completing his first degree in Islamic Academy, University Malaya in Syariah Faculty in 1991, he obtained his second degree from University of Amman , Jordan in 1995. In 2004 he acquired Ph.D in Fiqh and Usul Fiqh from International Islamic University Malaysia writing a thesis on E-Commerce between Islamic and Malaysian Law. He also has written several books in Islamic jurisprudence such as Introduction to Study in Fiqh and so on.
4. Burhanuddin Lukman-His working experience begins as Assistant Lecturer in Kulliyyah of Laws of IIUM in 1993 after graduation from Islamic University of Madinah. Ustaz Burhan then pursued his study in University Al al-Bayt, Jordan until he secured his second degree in 2000. He also holds Shariah Lawyer Certificate from Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) in 2002.
Ustaz Burhan is currently a lecturer in Kulliyyah of Laws of IIUM since 2000 while being a member of Shariah Committee in Al-Rajhi Bank Malaysia . He speaks fluently 3 different languages besides his mother tongue mainly; Arabic, English and Mandarin.
Pampasan Prudential BSN Takaful Berhad
Alhamdulillah..Melihat gmbar di bawah ini, saya rasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana saya dapat merasakan bahawa mereka mampu meneruskan kehidupan seperti biasa. Walaupun kesedihan itu tetap dirasakan akibat kehilangan suami/ayah sebagai tempat bergantung, namun yang masih hidup, kehidupan perlu diteruskan.
Nurul Huda Nordin telah mendapat pampasan daripada pihak Prudential BSN Takaful Bhd banyak RM231,950.10 selepas suaminya meninggal dunia akibat kemalangan. Berita lanjut, klik disini
Labels:
Isu Semasa
Takaful : Sistem perlindungan Islam berteraskan syariah
Seperti yang kita sedia tahu, Takaful dan Insurans adalah 2 benda yang berbeza..yang mana,Takaful berpaksikan syariah islam manakala Insurans pula berdasarkan sistem konvesional. Baru-baru ni, saya ada terbaca satu artikel tentang Takaful yang berpaksikan syariah Islam. Sedikit sebanyak hati saya semakin yakin dengan Syarikat ini iaitu Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB).Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana Allah telah tetapkan hati saya untuk memilih bidang takaful ini, malah bersama syarikat pengendali takaful No.1 di Malaysia dan Alhamdulillah bidang takaful semakin berkembang pesat di Malaysia. Anda masih mempunyai masa sekiranya ingin menyertai kumpulan kami sekarang..
Perancang kewangan Islam PruBSN sekarang masih lagi sedikit tetapi kami adalah No.1 di Malaysia! , dan masih ada 9 Juta lagi orang Melayu Islam terutamanya, yang masih belum ditakafulkan lagi.
Pada tahun 2006, kerajaan telah melancarkan satu program untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat (Hab) Kewangan Islam Antarabangsa. Program ini adalah untuk membangunkan sistem kewangan Islam Serantau dan antarabangsa dan juga sebagai alternatif kepada sistem kewangan konvesional sedia ada disamping mendidik masyarakat tentang perlunya melibatkan diri dengan sistem kewangan islam...
Klik disini untuk maklumat lanjut..
Labels:
Isu Semasa
5 Maut Dalam Kemalangan Ngeri
Berwaspadalah anda walaupun anda hanya berada di tepi jalan sekalipun. Maut sentiasa menanti kita seandainya kita alpa walaupun hanya seketika. Mohd Aziz Saleh, 47, bapa Mohd Faridzuan, 21, yang terbunuh bersama empat lagi mangsa dalam kemalangan di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, awal pagi semalam, mengetahui berita tentang anak sulungnya yang terlibat dalam kemalangan melalui laman Facebook.
KENDERAAN yang terbabit kemalangan di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, semalam. |
Menurut Mohd Aziz, anak keduanya (adik Mohd Faridzuan) mengejutkan dia dan isteri jam 3.40 pagi selepas menonton rakaman video kemalangan ngeri yang dimuat naik di FB.
Sebagai seorang bapa, adakah kita hanya berserah kepada takdir dan redha dengan apa yang berlaku? Adakah kita sudah melakukan sesuatu untuk kebaikan anak-anak kita? Memang kita sebagai manusia yang kerdil, tidak dapat menghalang kemalangan daripada berlaku..tetapi, setidak-tidaknya kita melakukan sesuatu untuk menghadapi kemalangan tersebut seandainya berlaku..
Di Prudential BSN, kami telah mencipta 1 produk yang khusus untuk anak-anak di bawah umur 25 tahun iaitu SmartLink. Produk kami tidaklah berkuasa untuk menghalang kemalangan daripada berlaku, tetapi produk ini adalah sebagai rakan kepada anda di saat anda menghadapi kesusahan..Maklumat lanjut mengenai produk SmartLink, klik disini.
Untuk berita lanjut mengenai kemalangan di atas. Klik disini
Labels:
Isu Semasa
Peranan & Fungsi Takaful
- Perlindungan - pembantu ketika saat anda mengalami penyakit/kecacatan tertentu, musibah atau kemalangan, walaupun ketika tempoh simpanan belum matang.
- Simpanan - Simpanan tetap, teratur dan pengeluaran terkawal. Jaminan wang ketika saat anda terdesak, memerlukan kos rawatan/ perubatan, anak hendak sambung pengajian, menunaikan haji, pergi bercuti atau untuk hari tua anda.
- Pengecualian dari cukai - Meringankan beban cukai disamping konsisten membayar zakat.
- Pelaburan - Menggandakan simpanan dan memastikan pulangan yang menguntungkan.
- Wang Kecemasan - Ketika berlaku kematian, untuk tampung kenaikan kos sara hidup, bayar hutang atau kos pengajian.
- Gantian Pendapatan - Apabila sudah bersara atau tidak dapat bekerja kerana sakit kritikal/lumpuh/hilang upaya.
- Pembentukan Harta - melalui simpanan jangka panjang dan had pengeluaran.
- Motivasi hidup - di saat mengalami ujian kesusahan, hilang tempat bergantung, hilang sumber pendapatan dan pembangkit semangat anak-anak untuk berjaya dalam pengajian.
Sakit Jantung Menyerang Orang Muda
Mohd. Faisal Yusup |
Memandangkan sangkaan mereka masih muda kebanyakan tidak menyedari bahawa mereka mungkin penghidap sakit jantung kerana belum lagi didiagnosis. Oleh yang demikian, mereka menjalani kehidupan harian tanpa menyedari bahawa mereka sedang menghidap penyakit ini.
Kebanyakan pesakit mungkin dengan secara tiba-tiba diserang dengan gejala-gejala terkejut seperti sesak nafas, sakit dada atau debaran jantung. Ada di antara mereka berjaya diselamatkan dengan bantuan rawatan perubatan dan ada dalam kalangan mereka maut untuk serangan pertama.
Berdasarkan petikan Utusan Online 9 Jan 2011, melaporkan kajian Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Ahmad Syadi Mahmoos Zuhdi, 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah. Statistik itu menunjukkan pesakit yang berumur 40 tahun ke bawah meningkat.
Sementara itu, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.
Jumlah tersebut menggambarkan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.
Semoga informasi ini berguna kepada anda
Labels:
Isu Semasa
Are you committed enough ?
Assalamualaikum para Agent Takaful sekalian...
Porsche Boxster |
Bersemangat untuk close sekurang-kurangnya 1 kes pada hari ini?? Atau anda masih lagi berada di atas tilam empuk di rumah anda??
Sekiranya demikian, anda tidak mempunyai ciri-ciri seorang jutawan. Ada satu pepatah melayu mengatakan..
"Bukan senang untuk senang, dan bukan susah untuk susah.."Dengan keadaan ekonomi sekarang, memang tidak dinafikan untuk menjadi senang bukannya mudah.. Anda perlu melalui segala ranjau dan liku serta keperitan hidup dahulu sebelum anda mencapai kejayaan dan kesenangan hidup.
Dengan kata lain, kejayaan tidak akan datang bergolek..Dalam Harian Metro semalam, ada menyiarkan sebuah kisah tentang kejayaan dua beradik yang bergelar jutawan. Cuba anda ambil iktibar dan renungi kisah dua beradik yang bergelar jutawan ini.. Walaupun anda tidak jadikan mereka sebagai idola, sekurang-kurangnya jadikan kisah mereka sebagai panduan untuk anda. Ambil perkara-perkara positif daripada mereka.
Antara intipati daripada kisah dua beradik jutawan ini adalah :-
- Dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya mestilah dibuat sehingga sempurna dan berjaya.
- Jadikan seseorang sebagai idola anda. Tiru segala perkara positif yang ada pada dirinya yang membuatkannya berjaya.
- Pengurusan masa, komited dan istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan juga restu daripada orang tua adalah kunci kepada kejayaan.
Labels:
Isu Semasa
Apakah Maksud Takaful
klik gambar untuk lebih jelas |
Takaful mengikut definisinya ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat ditimpa malapetaka. Perjanjian ini juga menetapkan setiap pihak telah memberi persetujuan terlebih dahulu mengenai bentuk sumbangan yang kelaknya akan dimanfaatkan untuk kepentingan bersama.
Skim Takaful berasaskan sistem perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan konsep saling bekerjasama, lindung-melindungi dan saling bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu. Ini menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana sistem takaful ini dianggap lebih praktikal berbanding dengan insurans konvensional yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Idea untuk mewujudkan sistem takaful ini lahir daripada masyarakat Islam yang ingin menghayati kehidupan berdasarkan perundangan Islam.
Kesedaran ini juga bersemarak melaluli gerakan yang dipelopori oleh 'Mujaddid' Islam (reformist) di abad ke sembilan belas dan abad ke dua puluh yang menekankan bahawa Islam itu bukan sahaja mencakupi peraturan dan prinsip-prinsip yang melibatkan ibadah dan 'munakahat' (perkahwinan ), tetapi merupakan satu cara hidup yang lengkap (nizamul hayah) termasuklah yang melibatkan transaksi perniagaaan.
Konsep insurans konvensional masih belum mendapat persetujuan menyeluruh daripada para ulama samada ianya adalah halal ataupun haram. Memandangkan insurans konvensional yang diamalkan sekarang tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. 'ijtihad' digunakan untuk menentukan samada insurans adalah halal atau sebaliknya. Di kalangan ulama yang mengatakan insurans itu haram, terdapat percanggahan pendapat di antara mereka mengenai sebab-sebab mengapa insurans itu haram.
kredit kepada virtualfriends.net
Konsep Tabarru'
Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Prudential BSN Takaful berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.
Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri. Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu. Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti insurans. Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar. Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat. Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Prudential BSN Takaful Berhad bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut. Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru').
Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil. Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.
"Kotak Bertutup"
ANGGOTA polis trafik IPD Klang Utara melihat keadaan kereta pasangan terbabit yang rentung. |
Baru sahaja semalam, Harian Metro menyiarkan berita tentang seorang gadis berumur 21 tahun yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Hari ini, Harian Metro sekali lagi menyiarkan berita tentang kemalangan jalan raya yang mengorbankan nyawa seorang penuntut sebuah kolej di Gambang,
Adakah kita tidak merasa ngeri??? Saban hari pihak media berulang kali menyiarkan berita tentang kemalangan jalan raya..Adakah kerana kita masih lagi belum terlibat dengan kemalangan jalan raya?? Adakah diri kita kebal daripada terlibat dengan kemalangan?
Kita semua sedia maklum dan tahu tentang tarikh lahir masing-masing..tapi adakah kita tahu akan tarikh mati kita? Adakah anda sudah bersiap sedia menghadapi mati? Sudahkah anda menyediakan harta pusaka kepada waris-waris anda selepas ketiadaan anda?
Kuantan:“Mak, Achik habis belajar nanti tolong carikan kotak simpan barang, tapi kotak itu mesti bertutup,” kata penuntut Kolej Matrikulasi Gambang di sini, Nur Ajlaa DZukarnain, 19, sebelum terbunuh apabila...Klik untuk maklumat lanjut
Klang: Tindakan pantas seorang suami mengusung keluar isterinya beberapa minit sebaik kereta mereka terbakar menyelamatkan isterinya itu daripada rentung selepas...klik untuk berita lanjut
Labels:
Isu Semasa
Maut Hari Ke-Empat
Malang sentiasa tidak berbau apabila kita tidak berwaspada. Satu lagi kemalangan telah berlaku di mana mangsa yang baru saja 4 hari bekerja telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Mangsa yang berumur 21 tahun meninggal dunia serta merta di tempat kejadian..Berita lanjut di http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013040807304420130408073044/Article/index_html
Cuba anda bayangkan, sekiranya perkara ini terjada pada ahli keluarga @ anak-anak kita yang baru nak membina kerjaya dan kehidupan sendiri. Adakah kita mampu menghadapinya? Bayangkan anak kita yang baru mencecah umur 21 tahun meninggal dunia..Sudah pasti mereka tidak mempunyai simpanan untuk dijadikan harta peninggalan, walaupun pada hakikatnya harta bukanlah segala-galanya, apatah lagi harga nyawa anak kita..Bukan niat saya untuk memburuk-burukkan mangsa, tetapi untuk dijadikan iktibar kepada orang lain..Saya memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa, sekiranya mereka terbaca artikel ini..
Dengan produk Prudential BSN Takaful yang direka khas untuk kanak-kanak, (Klik disini untuk penerangan produk) kita boleh mengambil takaful untuk anak kita seawal 20 minggu dalam kandungan sehingga berumur 25 tahun..Ini adalah sebagai langkah dan persediaan awal untuk anak kita menghadapi sebarang kemungkinan..
Bertindaklah sebelum terlambat..
Labels:
Isu Semasa
Aku Masih Muda...
Memang betul, banyak orang muda tidak mahu mengambil takaful. Sebab alasan yang selalunya digunapakai ialah masa muda tak ada lagi penyakit.
Anda kena tahu, ambil takaful waktu muda la bagus. Sebab takaful takkan cover kita jika kita dah ada penyakit bila kita dah berumur nanti. dengan kata lain :
"Takaful takkan berkawan dengan orang yang dah ada penyakit"
Contohnya, batu karang :
Sekarang umur 24 tahun , sudah ambil takaful. Umur 30 kena batu karang and nak operation RM10K. Second operation RM15K. Total 25K. Tidak termasuk penginapan tu.
So takaful akan cover semuanya.
Tapi bila dah umur 30, didapati ada penyakit batu karang tapi baru terhegeh-hegeh nak ambil takaful.. Pre-existing disease before taking takaful, will not be covered..
So muda la bagus. Takaful tak mahal, bermula dari RM100 sebulan sahaja. Ada orang kata, takaful rugi je.. baik simpan sendiri. Ok. Simpan sendiri pun boleh.
RM100 x 12 = RM1200
Konon la dah simpan 3 tahun = ada RM3600
Tetiba sakit, kene rawatan berharga RM16k.. mane nak cari duit?
so itu la bagusnya takaful. Bila anda terlantar , anak isteri tak tahu macam mana nak claim.. so kami sebagai ejen bertanggungjawab menolong anda..
So fikir-fikirkan la..
Senarai Panel Hospital PruBSN Takaful
Johor
Medical Specialist Hospital
Wisma Maria, Jalan Ngee Heng , 80100 Johor Bharu , Johor
Tel : 07-2243888 07-2236785
Pusat Pakar Kluang Utama
No. 1, Susur 1, Jalan Beasr, 86000 Kluang, Johor
Tel : 07-7718999 07-7728999
Putra Specialist Hospital (Batu Pahat)
(formerly known as The SouthernHospital, Batu Pahat)
No 1, Jln Peserai, 83000, Batu Pahat, Johor
Tel : 07-4133333 07-4133346
Johor Specialist Hospital
39-B Jalan Abdul Samad, 80100, Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2253000 07-2248213
Puteri Specialist Center 33,
Jalan Tun Razak (Susur 5), 80000, Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2233377 07-2238833
Hospital Pantai Batu Pahat
9S, Jalan Bintang Satu, Taman Koperasi Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor
Tel : 07-4338811
Kempas Medical Centre
Lot PTD 7522, Jalan Kempas Baru, 81200 Johor Bharu, Johor
Tel : 07-2368999 Fax : 07-2368222
Hospital Penawar ( Effective 1 June 2009)
No. 17 & 18 ( A -D), Pusat Perniagaan Pasir Gudang , 81700, Johor
Tel : 607-2521800
Melaka
Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd
(formerly known as TheSouthern Hospital, Melaka)
169, Jalan Bendahara , 75100 Melaka
Tel : 06-2835888 06-2810518
Hospital Pantai Ayer Keroh 2418-1,
KM 8, Lebuh Ayer Keroh , 75450 Melaka
Tel : 06-2319999 06-2313299
Mahkota Medical Centre 3,
Mahkota Melaka, Jalan Merdeka , 75000 Melaka
Tel : 06-2813333
Negeri Sembilan
Columbia Asia Medical Centre,
S'ban 292, Jalan Haruan 2, Oakland Commercial Centre,
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-6011988 06-6011848
N.S Chinese Maternity Medical Centre
Jalan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban , Negeri Sembilan.
Tel : 06-7622104 06-7630407
Nilai Cancer Institute PT 13747,
Jalan BBN 2/1 , 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel : 06-8500999 06-8500733
Seremban Specialist Hospital
Lot PT 6219 & PT 6220, Jln Tioman 1, Kemayan Square,
70200 Seremban, N Sembilan
Tel : 06-7677800 06-7675900
Senawang Specialist Hospital
No. 234-243, Jalan Lavendar Heights 2, Lavender Business Square,
70450 Senawang , Negeri Sembilan
Kuala Lumpur / Selangor
Pantai Cheras Medical Centre
1 Jalan, 1/96A, Taman Cheras Makmur , 56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-91322022 03-91320732
Sentosa Medical Centre
36, Jalan Chemur, Kompleks Damai, 50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-40437166 03-40437661
Pantai Indah Medical Centre
Jalan Perubatan 1 , Pandan Indah , 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-42892828 03-42892829
Tung Shin Hospital
102, Jalan Pudu , 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-20721655 03- 20700345
Hospital Pusrawi Sdn Bhd
Lot 149, Jalan Tun razak, 50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-26875000 03- 26875016
Assunta Hospital
Jalan Templer, 46900 Petaling Jaya , Selangor
Tel : 03-76807000 /03 -77816902 03-77814933
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
282 & 286 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-4255 2707 03-4255 2711
Subang Jaya Medical Centre
1, Jalan SS12/1A, 47500 Subang Jaya, Selangor
Tel : 03-56341212 03-56306075
Sri Kota Medical Centre
Jalan Mohet , 41000 Klang , Selangor
Tel :03-33733636 03-33763888
KPJ Kajang Specialist Hospital
(formerly known as SentosaMedical Centre Kajang)
Batu 14, Jalan Cheras , 43000 Kajang , Selangor
Tel : 03-87692999 03-87692808
Sunway Medical Center
No5, Jln Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
46150, Petaling Jaya, Selangor.
03-74919191 03-74910242
Ampang Puteri Specialist Hospital
No.1, Jalan Mamanda 9, Taman Dato'Ahmad Razali,
68000, Ampang, Selangor
Tel : 03-42702500 03-42702443
Tawakal Hospital 202-A Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur 03-40233599
Tel : 03-40228063
Damansara Specialist Hospital
No. 119 Jalan SS 20/10, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-77222692 03-42702443
Pantai Medical Centre 8, Jalan Bukit Pantai,
59100 Kuala Lumpur
Tel : 03-22960888 03-22960832
Columbia Asia Medical Centre, Puchong,
No 1, Lebuh Puteri, Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor
Tel : 03-80648688
Pantai Klang Medical Centre,
Lot 5921, Persiaran Raja Muda Musa,41200 Klang, Selangor,
Tel : 603-33742020
Institut Jantung Negara,
145, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur,Tel :
+603-26178200
Prince Court Medical Centre,
39, Jalan Kia Peng , 50450 Kuala Lumpur
Tel : +603-21600000
KPJ Selangor Specialist Hospital (Effective 1 June 2009),
Lot 1, Jalan Singa 20/1, Section 20, 40300 Shah Alam, Selangor,
Tel : 03-5543 1111
Kelantan
Universiti Sains Malaysia USM,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-7663137
Perdana Specialist Hospital
Lot PT37 & PT600, S
eksyen 14, Jalan Bayam.
15200 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-7458000 09-747 2877
Kota Bharu Medical Centre
P.T 179-184, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang,
15150 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-7433399 09-7478271
Terengganu
Kuala Terengganu Specialist Hospital
No. 443B, Jalan Kamarudin, 20400
Kuala Terengganu, Tereangganu
Tel : 09-6245353 09 Fax : 09-6265211
Pahang
Kuantan Medical Centre 1,
Jalan Tun Ismail 9,
25000 Kuantan , Pahang
Tel : 09-5142828 Fax 09-5163753
Kuantan Specialist Hospital
51 Jalan Alor Akar,
25250 Kuantan, Pahang
Tel : 09-5678588 09-5678098
Sabah
Sabah Medical Centre
Lorong Bersatu,
Off Jalan Damai Luyang,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel 088222922 Fax : 088243540
Rafflesia Medical Centre
Lot 5, 6, 7, 8, Milennium Commercial Centre,
Off Jalan Lintas, Kepayan,
88200 Penampang,
Kota Kinabalu,Sabah Tel : 088-272630 Fax : 088-272640
Damai Specialist Centre
DSC Building, Lorong Pokok Tepus 1,
Off Jalan Damai,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-222922 Fax : 088-243540
Sarawak
Normah Specialist Medical Centre
Lot 937, Sek 30, KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman,
Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Tel : 082-440055 Fax : 082-442600
Rejang Medical Centre
29, Jalan Pedada,
96008 Sibu, Sarawak 084-330733 084-327342
Sibu Specialist Medical Centre 52A-F, Brooke Drive,
96000 Sibu, Sarawak
Tel : 084-218800 Fax : 084-219900
Timberland Medical Centre
Lot 5164-5165, Blk 16, KCLD,
Taman Timberland, Rock Road,
93250 Kuching, Sarawak
Tel : 082-234466 Fax : 082-244273
Columbia Medical Centre, Miri
Lot 1035-1039, Jalan Bulan Sabit,
CDT 155, 98009 Miri , Sarawak.
Tel : 085-437755 Fax : 085-425677
Kuching Specialist Hospital
Lot 10420 Block 11,
Tabuan Stutong Commercial Center,
Jalan Setia Raja,
93350 Kuching, Sarawak.
Tel : 082-365777 082-364666
Sibu Specialist Medical Centre
52A-F, Brooke Drive, 96000 Sibu, Sarawak
Tel : 084-218800
Perak
Pantai Putri, Ipoh
126, Jalan Tambun,
31400 Ipoh, Perak
Tel : 05-5484333 Fax : 05-5458168
Apollo Medical Centre
271, Jalan Taming Sari,
34000 Taiping, Perak
Tel : 05-8056000 Fax : 05-8076000
Fatimah Hospital
1, Leboh Chew Peng Loon, Ipoh Gardens,
31400 Ipoh, Perak
Tel : 05-5455777 Fax : 05-5499237
Ipoh Specialist Hospital
26, Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh, Perak
Tel : 05-241 8777 05-254 1888
Penang
Bagan Specialist Centre
Jalan Bagan 1, 13400 Butterworth
Tel : 04-3322800 Fax : 04-3312806
Pantai Mutiara Hospital
82, Jalan Tengah, Bayan Baru,
11900 Bayan Lepas, Penang.
Tel : 04-643 3888
Gleneagles Medical Centre
1, Jalan Pangkor, 10050 Pulau Pinang
Tel : 04-2276111 Fax : 04-2262994
Penang Adventist Hospital
465, Jalan Burmah, 10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2227200 Fax 04-2278512
Lam Wah Ee Hospital
141, Jalan Tan Sri The Ewe Lim,
16000 Pulau Pinang
Tel : 04-6571888 Fax : 04-6570940
Tanjung Medical Centre
473, Jalan Burmah,
10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2262323 Fax: 04-2299008
Hope Children Hospital
25B, C & D , Jalan Gottlieb, 10350 Pulau Pinang,
Tel : 04-22846557
Hope Children Hospital (Sg Ara )
66 & 68, Jalan Dato Ismail Hashim, Sg Ara,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel : 04-6447557 / 04-6441557 FAx : 04-6461559
Hope Children Hospital (FARLIM)
26,26A,28 & 28A, Lintang Paya Terubong 3,
11060 Pulau Pinang
Tel : 04-8297926/ 04-8266557 Fax : 04-8297982
Loh Guan Lye Specialist Centre
19, Logan Road, 10400 Pulau Pinang
Tel : 04-2388888 Fax : 04-2388983
Island Hospital 308 Macalister Road,
10450 Penang, Malaysia
Tel : 04-2288222 Fax : 04- 2267989
Kedah
Metro Specialist Hospital
No 1, Lorong Metro,
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4238888 FAx : 04-4258888
Putra Medical Centre
888, Jalan Sekerat, Off Jalan Putra,
05100 Alor Star, Kedah
Tel : 04-7342888 Fax : 04-7348882
Kedah Medical Center Pumpong,
05250 Alor Setar, Kedah
Tel : 04-7308878 Fax : 04-7332869
Hospital Pantai Utara Sungai Petani ( formerly known as Strand Hospital )
1, Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya,
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4428888 Fax : 04-4428889
Harta Pusaka Si Mati
Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. - Al Baqarah 2:240
Labels:
Hadis Hari Ini
Subscribe to:
Posts (Atom)