Peranan & Fungsi Takaful
- Perlindungan - pembantu ketika saat anda mengalami penyakit/kecacatan tertentu, musibah atau kemalangan, walaupun ketika tempoh simpanan belum matang.
- Simpanan - Simpanan tetap, teratur dan pengeluaran terkawal. Jaminan wang ketika saat anda terdesak, memerlukan kos rawatan/ perubatan, anak hendak sambung pengajian, menunaikan haji, pergi bercuti atau untuk hari tua anda.
- Pengecualian dari cukai - Meringankan beban cukai disamping konsisten membayar zakat.
- Pelaburan - Menggandakan simpanan dan memastikan pulangan yang menguntungkan.
- Wang Kecemasan - Ketika berlaku kematian, untuk tampung kenaikan kos sara hidup, bayar hutang atau kos pengajian.
- Gantian Pendapatan - Apabila sudah bersara atau tidak dapat bekerja kerana sakit kritikal/lumpuh/hilang upaya.
- Pembentukan Harta - melalui simpanan jangka panjang dan had pengeluaran.
- Motivasi hidup - di saat mengalami ujian kesusahan, hilang tempat bergantung, hilang sumber pendapatan dan pembangkit semangat anak-anak untuk berjaya dalam pengajian.