Are you committed enough ?
Assalamualaikum para Agent Takaful sekalian...
Porsche Boxster |
Bersemangat untuk close sekurang-kurangnya 1 kes pada hari ini?? Atau anda masih lagi berada di atas tilam empuk di rumah anda??
Sekiranya demikian, anda tidak mempunyai ciri-ciri seorang jutawan. Ada satu pepatah melayu mengatakan..
"Bukan senang untuk senang, dan bukan susah untuk susah.."Dengan keadaan ekonomi sekarang, memang tidak dinafikan untuk menjadi senang bukannya mudah.. Anda perlu melalui segala ranjau dan liku serta keperitan hidup dahulu sebelum anda mencapai kejayaan dan kesenangan hidup.
Dengan kata lain, kejayaan tidak akan datang bergolek..Dalam Harian Metro semalam, ada menyiarkan sebuah kisah tentang kejayaan dua beradik yang bergelar jutawan. Cuba anda ambil iktibar dan renungi kisah dua beradik yang bergelar jutawan ini.. Walaupun anda tidak jadikan mereka sebagai idola, sekurang-kurangnya jadikan kisah mereka sebagai panduan untuk anda. Ambil perkara-perkara positif daripada mereka.
Antara intipati daripada kisah dua beradik jutawan ini adalah :-
- Dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya mestilah dibuat sehingga sempurna dan berjaya.
- Jadikan seseorang sebagai idola anda. Tiru segala perkara positif yang ada pada dirinya yang membuatkannya berjaya.
- Pengurusan masa, komited dan istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan juga restu daripada orang tua adalah kunci kepada kejayaan.