Ads 468x60px


Text

  • Pelan PruBSN Takaful

    Kehidupan tanpa perlindungan ibarat anda duduk tanpa kerusi..ibarat anda berjalan tanpa tongkat apabila tidak lagi boleh berjalan..

  • Adakah Anda Belum Terlambat ?

    kata-kata 'Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara' sering bermain di fikiran kita..tapi adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya?

  • Adakah Ini Impian Anda?

    Apakah impian anda? Kereta mewah? Rumah banglo? percutian luar negara? Sertai kami dan anda bakal memenuhi impian anda..

Sakit Jantung Menyerang Orang Muda

Mohd. Faisal Yusup
Ramai menyangka serangan jantung hanya berlaku kepada hanya orang tua sahaja, walhal situasi kini tidak mengambarkan begitu lagi, Sejak akhir-akhir kebanyakan kes jantung turut menyerang orang muda hingga menyebabkan kematian mengejut, misalnya, berita kematian pelakon popular, Mohd. Faisal Yusup, 33 yang dipercayai diserang sakit jantung malah ada kes menunjukan ianya telah menyerang sejak berusia 18 tahun lagi.

Memandangkan sangkaan mereka masih muda kebanyakan tidak menyedari bahawa mereka mungkin penghidap sakit jantung kerana belum lagi didiagnosis. Oleh yang demikian, mereka menjalani kehidupan harian tanpa menyedari bahawa mereka sedang menghidap penyakit ini.

Kebanyakan pesakit mungkin dengan secara tiba-tiba diserang dengan gejala-gejala terkejut seperti sesak nafas, sakit dada atau debaran jantung. Ada di antara mereka berjaya diselamatkan dengan bantuan rawatan perubatan dan ada dalam kalangan mereka maut untuk serangan pertama.

Berdasarkan petikan Utusan Online 9 Jan 2011, melaporkan kajian Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Ahmad Syadi Mahmoos Zuhdi, 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah. Statistik itu menunjukkan pesakit yang berumur 40 tahun ke bawah meningkat.

Sementara itu, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.

Jumlah tersebut menggambarkan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.


Semoga informasi ini berguna kepada anda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...