Apakah Maksud Takaful
klik gambar untuk lebih jelas |
Takaful mengikut definisinya ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat ditimpa malapetaka. Perjanjian ini juga menetapkan setiap pihak telah memberi persetujuan terlebih dahulu mengenai bentuk sumbangan yang kelaknya akan dimanfaatkan untuk kepentingan bersama.
Skim Takaful berasaskan sistem perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan konsep saling bekerjasama, lindung-melindungi dan saling bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu. Ini menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana sistem takaful ini dianggap lebih praktikal berbanding dengan insurans konvensional yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Idea untuk mewujudkan sistem takaful ini lahir daripada masyarakat Islam yang ingin menghayati kehidupan berdasarkan perundangan Islam.
Kesedaran ini juga bersemarak melaluli gerakan yang dipelopori oleh 'Mujaddid' Islam (reformist) di abad ke sembilan belas dan abad ke dua puluh yang menekankan bahawa Islam itu bukan sahaja mencakupi peraturan dan prinsip-prinsip yang melibatkan ibadah dan 'munakahat' (perkahwinan ), tetapi merupakan satu cara hidup yang lengkap (nizamul hayah) termasuklah yang melibatkan transaksi perniagaaan.
Konsep insurans konvensional masih belum mendapat persetujuan menyeluruh daripada para ulama samada ianya adalah halal ataupun haram. Memandangkan insurans konvensional yang diamalkan sekarang tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. 'ijtihad' digunakan untuk menentukan samada insurans adalah halal atau sebaliknya. Di kalangan ulama yang mengatakan insurans itu haram, terdapat percanggahan pendapat di antara mereka mengenai sebab-sebab mengapa insurans itu haram.
kredit kepada virtualfriends.net
Konsep Tabarru'
Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Prudential BSN Takaful berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.
Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri. Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu. Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti insurans. Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar. Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat. Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Prudential BSN Takaful Berhad bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut. Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru').
Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil. Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.