Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera...
Syukur diucapkan ke hadrat Ilahi dengan anugerah yang telah dikurniakan kepada kita. Tanpa anda semua, kita tidak mungkin berada di..
pentas kejayaan seperti yang dirasakan sekarang. Marilah kita teruskan perjuangan kita untuk membantu antara satu sama lain khususnya bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.
Klip berita ini dipetik daripada Buletin 1.30 TV3 bertarikh 24 Disember 2012 berkaitan pencapaian terkini yang dimenangi oleh PruBSN sebagai Pengendali Takaful Terbaik (Asia) 2012 dalam Anugerah Perniagaan & Kewangan Islam yang dianjurkan oleh CPI Financial berpangkalan di Dubai, Emeriah Arab Bersatu pada 5 Disember 2012 yang lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, En.Azim Mithani berkata anugerah ini adalah berdasarkan pencapaian kewangan syarikat yang mantap selain penghasilan produk-produk takaful yang berinovasi.