Takaful Di Sisi Anda...
Assalamualaikum w.b.t buat pembaca blog sekalian..Di muka depan akhbar harian metro hari ini, satu kemalangan maut telah berlaku membabitkan kematian ibu kepada seorang pelakon terkenal tanah air...
Cuba kita fikirkan sekiranya ibu Catriona Ross ni tidak ada perlindungan daripada mana-mana syarikat takaful. Adakah harta peninggalannya mampu digunakan oleh anak-anaknya untuk meneruskan kehidupan sekiranya masih kecil?
Pelakon Catriona Ross Bahrain |
“Saya reda dengan pemergian ibu saya kerana Allah lebih menyayanginya,” kata pelakon, Catriona Ross Bahrain, 32 yang mengesahkan kematian ibunya, Siti Zawiah Ab Rahman, 63 dalam kemalangan maut di Gerik, Perak, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Allahyarhamah ibu Catriona Ross meninggal dunia pada usia 63 tahun. Seandainya dia tidak mempunyai perlindungan takaful, adakah dia mampu mempunyai wang simpanan sebanyak RM100,000???
Andaikata kita mula menyimpan sebanyak RM150 setiap bulan bermula ketika umur kita mencecah 30 tahun DAN tanpa mengeluarkan sedikit pun wang simpanan tersebut, kita hanya mampu menyimpan sebanyak RM59,400.
RM150 * 12 bulan * 30 tahun = RM59400
Tapi adakah kita yakin akan dapat hidup selama 30 tahun???
Adakah kita yakin mampu menyimpan selama 30 tahun???
Adakah kita yakin, kita akan sihat sepanjang 30 tahun tersebut???